| Simfoni Orkestra Universiti Malaya |
 |
 |
|
|
| |
Pada bulan Mac 2002, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Canselor Universiti Malaya merasmikan Simfoni Orkestra Universiti Malaya, meletakkan seni muzik dalam kelasnya yang tersendiri dalam institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Diarah dan dikendalikan oleh Dr. Mohd. Nasir Hashim, ahli orkestra yang seramai 120 orang ini mengandungi pelajar dan kakitangan Universiti yang sangat berbakat, dan telah memberikan persembahan dan menerima sambutan yang mengagumkan.
Simfoni Orkestra Universiti Malaya sentiasa mencari pemuzik yang berbakat besar untuk menyertai keluarga besar mereka. Pelajar UM yang berminat, bukan major dalam muzik dan mahir bermain mana-mana instrumen, adalah dialu-alukan untuk menjadi sebahagian mereka mendapat pengalaman yang unik ini.
Untuk tempahan konsert, jadual dan maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Nasir di +603-7967 3339. |
| |
| |
| |
| |
|
|