Dalam kehidupan seorang pelajar, pengalaman menuntut ilmu jauh di perantauan merupakan suatu kenangan yang amat bernilai. Di mana pada ketika itu mereka bertemu teman yang berbeda bangsa dari negara di pelusuk dunia, membolehkan integrasi ilmu dan pengalaman membuka minda dan pemikiran mereka.
Universiti Malaya menyediakan 13 kolej kediaman yang mampu menampung sehingga 12,000 pelajar dalam satu masa. Hampir 65% pelajar Universiti Malaya yang menginap adalah pelajar tahun pertama Ijazah Dasar. Setiap kolej kediaman di sini ditadbir oleh seorang pengetua dan dibantu oleh beberapa penyelia. Kolej kediaman di Universiti Malaya bukan sahaja menyediakan penginapan semata- mata, tetapi juga menyediakan kemudahan lain seperti gelanggang permainan, bilik bacaaan, kedai runcit, kafe siber dan makmal komputer.
Penginapan dalam Kampus
Perbelanjaan harian pelajar bergantung kepada keperluan dan gaya hidup. Kos untuk seorang pelajar bagi kemudahan, makanan, buku, pakaian, hiburan, pengangkutan tempatan, dan seumpamanya dianggarkan lebih kurang RM700 ke RM1000 sebulan (USD$200 - USD$280).
Senarai Kolej Kediaman
Borang Permohonan Menginap Dalam Kampus
Universiti Malaya juga menyediakan kemudahan rumah sewa untuk pelajar lepasan ijazah. Kemudahan ini bergantung kepada kekosongan yang ada.