> Pelajar Antarabangsa > Maklumat Visa
 
   
  MAKLUMAT VISA
   
  IJAZAH DASAR
   
 
Sebagai pelajar antarabangsa, anda perlu mempunyai dokumen perjalanan (visa dan pasport) untuk memasuki Malaysia. Sebaik sahaja menerima tawaran kemasukan, anda perlu memohon visa dari Kedutaan/Pejabat Konsul Malaysia. Memasuki Malaysia tanpa visa akan menyebabkan yuran tambahan dikenakan oleh Pejabat Imigresen ke atas anda semasa memohon pas pelajar.
   
 
Sekiranya anda memasuki Malaysia tanpa visa, pejabat imigresen di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) atau mana-mana terminal akan membenarkan anda memasuki negara dengan memberikan pas lawatan singkat (biasanya diberikan kepada pelancong). Untuk mebolehkan anda tinggal di universiti secara sah, anda perlu menukarkan pas lawatan singkat kepada pas pelajar. Yuran sebanyak RM500.00 + caj visa akan dikenakan oleh Jabatan Imigresen untuk memproses Journey Performed Visa (JP Visa).
   
  Permohonan Pas Pelajar (ketika tiba di Kuala Lumpur)
   
 
Pusat Pelajar Antarabangsa Universiti Malaya akan membantu anda untuk mendapatkan pas pelajar. Pusat ini akan membuat permohonan bagi pihak anda setibanya anda di Kuala Lumpur. Proses untuk mendapatkan pas pelajar melalui pusat ini agak rumit dan mengambil masa. Kebiasaannya, proses permohonan dan pengesahan akan mengambil masa lebih kurang 1-1 1/2 bulan. Untuk membantu anda membuat permohonan pas pelajar, anda dikehendaki menghantar dokumen berikut:
   
  1. Salinan pasport anda (tidak termasuk halaman kosong)
  2. Yuran permohonan sebanyak RM20.00 (bayar kepada UM)
  3. 3 gambar saiz pasport
  4.
Deposit Bon Peribadi (Personal Bond Deposit) bergantung kepada negara asal (Draf Bank dibayar kepada Universiti Malaya sejumlah RM ...........*, jumlah untuk setiap negara (Sila rujuk pejabat ISC). Deposit akan dipulangkan sebaik sahaja pengajian selesai; pelajar universiti yang mempunyai Memorandum Persefahaman bersama UM tidak perlu membayar deposit yang dinyatakan).
   
 
Selepas pengesahan pas dan penghantaran pasport sebagai sokongan, anda dikehendaki membuat bayaran seperti berikut:
   
  1. Pas Pelajar sebanyak RM60.00 (setahun atau sebahagiannya)
  2.
Kadar visa/visa kemasukan semula - bergantung kepada negara asal, tidak melebihi RM100.00
  3.
Yuran proses sejumlah RM500.00 untuk Journey Performed Visa, JPVisa (untuk pelajar yang memasuki Malaysia tanpa visa)
   
  (Semua pembayaran boleh dilakukan selepas ketibaan pelajar.)
   
 
Pusat Pelajar Antarabangsa akan menghubungi anda untuk menghantar pasport asal anda sebagai sokongan permohonan pas pelajar. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi pusat melalui emel: isc@um.edu.my , telefon: 603-7967 7714/ 7715 atau faks: 603-7967 7710.
   
  Memperbaharui Visa dan Pas Pelajar
   
 
Sekiranya ingin memperbaharui pas pelajar anda, sila rujuk Pusat Pelajar Antarabangsa untuk bantuan. Syarat-syarat berikut perlu dipatuhi ketika memohon menyambung semula visa dan pas pelajar:
   
  1.
Mematuhi keperluan kursus dengan menghadiri sekurang-kurangnya 80% daripada keseluruhan jadual kelas dan mencapai keputusan akademik yang memuaskan; kegagalan mencapai keperluan ini akan menyebabkan status pas pelajar gugur.
  2.
Sentiasa peka dengan tarikh luput pasport, pas pelajar, visa dan seumpamanya. Tempoh melanjutkan pas pelajar anda perlu dihantar sebulan sebelum tempoh pas pelajar berakhir.
  3.
Sentiasa membuat pendaftaran secara sah di Universiti. Surat pengesahan dari Seksyen Kemasukan & Rekod perlu disertakan bersama dengan permohonan penyambungan.
  4.
Sentiasa memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia melalui Pusat Pelajar Antarabangsa berkenaan sekiranya berlaku perubahan alamat, perjalanan dalam Malaysia, penarikan diri dari kursus/Universiti atau sekiranya ingin menukar status pas anda.
   
 
   
  PASCASISWAZAH
   
  Sila muat turun Panduan Imigresen untuk Pelajar Antarabangsa bagi program Lepasan Ijazah