Ir. Ts. Dr. Lai Khin Wee, Associate Professor in the Department of Biomedicine, Faculty of Engineering, Universiti Malaya is the first recipient of the BEM Malaysia Most Prominent Young Engineering Leader award in Malaysia. The award was presented by the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob at the 50th Anniversary Dinner of the Malaysian Engineers Board.
The BEM Malaysia Most Prominent Young Engineering Leader award are to recognise prominent Malaysians aged 40 years and below who are people with high integrity, have demonstrated remarkable leadership and contributed immensely to the community. These are the role models of the engineering profession and iconic figures in the engineering industry.
Associate Professor Ir. Ts. Dr. Lai Khin Wee, 37, from Kuching, Sarawak, considers this award as a great recognition for his hard work and the projects he has worked on.
"As an engineer, I want to produce products or designs that can benefit society, especially in the medical sector and in line with the mission of Universiti Malaya which is to serve the nation and have an impact to the world," he said.
Associate Professor Ir. Ts. Dr. Lai Khin Wee is a pioneer in designing a device called 'Scoltech' or Digital Device Diagnostic Scoliosis. Scoltech is an automatic digital reading tool to identify Scoliosis disease.
"Most scoliosis patients are among teenage girls aged 8 to 15 years where the spine bends or curves to the left or right. Previously, the equipment used to identify this disease was manual counting and required a long time and was less accurate. The tools used are also heavier.
"Scoltech's digital innovation is lighter and simpler to use by medical practitioners, this tool can also help identify diseases earlier to prevent the disease from getting worse and early treatment can be given.
"Early treatment can also reduce breathing problems, difficulty walking and also reduce pressure on the patient's lungs.
"This tool has been tested by medical practitioners at the Universiti Malaya Medical Centre and more than 10 chiropractor treatment centres," he added.
--------------------------------------
Ir. Ts. Dr. Lai Khin Wee, Profesor Madya di Jabatan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya merupakan penerima anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan Malaysia BEM pertama di Malaysia. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 Lembaga Jurutera Malaysia.
Anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan Malaysia BEM merupakan pengiktirafan kepada tokoh ikonik jurutera muda yang berumur 40 tahun dan ke bawah yang telah menunjukkan sifat kepimpinan yang luar biasa dan memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat.
Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Lai Khin Wee, 37, yang berasal dari Kuching, Sarawak mengangap anugerah ini merupakan sememangnya satu pengiktirafan besar kepada usaha keras dan projek yang beliau usahakan.
“Sebagai jurutera, saya ingin menghasilkan produk atau rekaan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya dalam sektor perubatan dan selaras dengan misi Universiti Malaya iaitu berbakti kepada negara dan memberi impak kepada dunia,” katanya.
Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Lai Khin Wee merupakan perintis kepada rekaan alat yang diberi nama ‘Scoltech’ atau Digital Device Diagnostic Scoliosis. Scoltech merupakan alat bacaan digital automatik bagi mengenal pasti penyakit Scoliosis.
“Kebanyakan pesakit Scoliosis adalah dari kalangan remaja perempuan berumur 8 hingga 15 tahun di mana tulang belakang membengkok atau melengkung ke kiri atau ke kanan. Sebelum ini, peralatan yang digunakan bagi mengenal pasti penyakit ini adalah kiraan manual dan memerlukan masa yang panjang dan kurang tepat. Alat yang digunakan juga lebih berat.
“Inovasi Scoltech secara digital ini lebih ringan dan ringkas untuk digunakan oleh pengamal perubatan, alat ini juga dapat membantu mengenal pasti penyakit lebih awal bagi mencegah dari penyakit tersebut lebih teruk dan rawatan awal dapat diberikan.
“Rawatan awal juga dapat mengurangkan masalah pernafasan, kesukaran berjalan dan juga mengurangkan tekanan kepada paru-paru pesakit.
“Alat ini telah diuji oleh pengamal perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan lebih 10 pusat rawatan chiropractor, “ katanya lagi.
Photos by Mohd Fazli / CCC, MalaysiaGazette (All Rights Reserved)