Deprecated: trim(): Passing null to parameter #1 ($string) of type string is deprecated in /var/www/html/umcmsx/template/Kingster/page.php on line 53
Educational Goals
corporate@um.edu.my +603-7967 7022                  

Educational Goals

Home >

MATLAMAT PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA (BAHARU)

Matlamat pendidikan Universiti Malaya adalah untuk menyediakan pendidikan yang bertransformasi yang memberdayakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai etika yang diperlukan untuk membolehkan mereka memajukan pengetahuan, menegakkan keadilan sosial, mendorong pembangunan mampan dan menyumbang secara bermakna kepada masyarakat.

Universiti Malaya’s Educational Objective is to provide a transformative education that empowers students with the necessary knowledge, skills and ethical values to enable them to advance knowledge, promote social justice, drive sustainable development and contribute meaningfully to society.

Graduan Universiti Malaya akan berkeupayaan untuk:

Graduates of Universiti Malaya will be able to:

Versi Bahasa Melayu
Versi Bahasa Inggeris
Domain/Penjelasan
  • Menerapkan pengetahuan dan kemahiran dengan pemikiran inovatif terhadap kelestarian dan inklusiviti
  • Apply knowledge and skills with an innovative mindset towards sustainability and inclusivity.

Pengetahuan, kemahiran dan sikap

Mempunyai pengetahuan yang mendalam dan terkini, serta kemahiran dalam bidang pengajian yang berkaitan; mempunyai keupayaan untuk menjana idea baharu atau mencari penyelesaian yang positif dan mampan; menyumbang ke arah masyarakat yang lebih adil dan saksama.

Knowledge, skills and attitudes

Have in-depth and up-to-date knowledge and proficient skills in related areas of study; have the ability to generate new ideas or seek positive and sustainable solutions; contribute towards a more just and equitable society.

  • Menggunakan kaedah pengurusan maklumat yang berkesan dan maju untuk membuat keputusan berasaskan data dan mencapai matlamat selaras. dengan standard profesional yang relevan.
  • Utilize effective and advanced information management methods to make data-informed decisions and achieve goals in line with the relevant professional standards.

Kecerdasan Buatan dan teknologi

Mempunyai keupayaan untuk mencari, mengakses dan menggunakan maklumat secara kritis melalui penggunaan teknologi digital semasa dan yang sedang berkembang; mengurus identiti, kesejahteraan dan keselamatan digital; membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan penggunaan data yang berkesan

AI and technology

Have the ability to locate, access and critically engage with information using current and emerging digital technologies; manage digital identity, well-being and safety; make better decisions based on effective use of data.

  • Terlibat secara efektif dengan akademia, pihak berkuasa awam, industri, dan masyarakat, dalam menjalankan tanggungjawab profesional dan sosial.
  • Engage effectively with academia, public authorities, industries, and the community, in carrying out professional and social responsibilities.
Komunikasi dan tanggungjawab sosial 
Mempunyai keupayaan untuk bekerja secara kolaboratif dengan orang lain dalam komuniti yang pelbagai; memberi sumbangan positif dan bermakna dalam bidang dan profesion berkaitan.
Communication and social responsibilities

Have the ability to work collaboratively with others in diverse communities; make positive and meaningful contributions in related fields and professions.
  • Menginternalisasikan dan mendemonstrasikan integriti, ketahanan, kecekapan dan empati dalam penglibatan peribadi,profesional, dan global.
  • Integriti: Ketulusan,kejujuran
  • Ketahanan: Daya bingkas
  • Ketangkasan: Kebolehsuaian
  • Empati: Melahirkan rasa hormat & kefahaman


  • Internalize and demonstrate integrity, resilience, agility, and empathy in personal, professional, and global community engagement.  Core values for students:
  • Integrity: Truthfulness, honesty
  • Resilience: Capacity to withstand
  • Agility: Adaptability
  • Empathy: Show of respect & understanding

Nilai Teras

Mempunyai rasa tanggungjawab dan kecerdasan emosi apabila mengambil bahagian dalam kehidupan sivik dan advokasi yang sesuai; komited kepada amalan dan nilai etika, seperti integriti, daya tahan, ketangkasan dan empati dalam penglibatan dunia sebenar.

Core Values

Have a sense of responsibility and emotional intelligence when participating in civic life and appropriate advocacy; committed to ethical practice and values, such as integrity, resilience, agility and empathy in real-world engagement.

Last Update: Sep 09, 2024