The Vice-Chancellor of Universiti Malaya, Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, together with the university community of 44,000 students and 12,000 staff, expresses full solidarity with the Global Sumud Flotilla and the courageous and determined international volunteer team in their mission to deliver urgently needed humanitarian aid to the people of Gaza.
“Universiti Malaya strongly condemns the actions of Israel in detaining these unarmed humanitarian volunteers, including volunteers from Malaysia. Such aggression is a blatant violation of international law, morality, and the very principles of human decency. These individuals are neither combatants nor threats, but humanitarians committed to the preservation of life and dignity.
“Universiti Malaya joins the call of the international solidarity movement to demand the immediate release of all detained volunteers. Their only mission was to save lives and to stand with the oppressed people of Gaza, and their detention is unacceptable by every standard of justice and humanity.
“This act of repression must be condemned by the entire global community. The world cannot remain silent in the face of injustice, brutality, and genocide. At its core, this issue transcends politics, it is about humanity, morality, justice, and the dignity of life itself,” said Professor Azuan.
Professor Azuan stressed that the Global Sumud Flotilla represents the highest ideals of global solidarity: people from every corner of the world uniting in non-violence to provide aid and hope to Gaza.
“Universiti Malaya commends their audacity, bravery, and unwavering spirit stand as an inspiration to all. The time to act is now. Humanity must rise to prevent further suffering, to safeguard dignity, and to end the cycle of violence in Gaza,” he added.
The Universiti Malaya will continue to:
The flotilla, made up of volunteers from across more than 40 countries, with more than 40 vessels and around 500 volunteers, reflects the universal spirit of humanity, morality, and justice. These men and women, unarmed and driven purely by the conviction to save lives, have endured days of hardship and danger to ensure that vital aid reaches Palestinians suffering under relentless aggression.
-------------------------------------------------------
UM TEGUH BERSOLIDARITI BERSAMA GLOBAL SUMUD FLOTILLA
Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman bersama warga universiti seramai 44,000 pelajar dan 12,000 staf menzahirkan solidariti sepenuhnya bersama Global Sumud Flotila dan pasukan sukarelawan antarabangsa yang berani serta bersemangat tinggi dalam usaha mereka menyampaikan bantuan kemanusiaan amat diperlukan kepada rakyat Gaza.
“Universiti Malaya dengan tegas mengutuk tindakan Israel menahan para sukarelawan kemanusiaan yang tidak bersenjata ini, termasuk sukarelawan dari Malaysia. Tindakan agresif ini jelas merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa, prinsip moral, serta asas nilai kemanusiaan. Mereka bukanlah pejuang bersenjata atau ancaman, sebaliknya insan yang berdedikasi kepada misi menyelamatkan nyawa dan mempertahankan maruah kemanusiaan.
“Universiti Malaya turut bersama dalam seruan solidariti antarabangsa untuk menuntut pembebasan segera semua sukarelawan yang ditahan. Misi mereka hanyalah untuk menyelamatkan nyawa serta berdiri bersama rakyat Gaza yang tertindas, dan penahanan ini sama sekali tidak boleh diterima dari sudut keadilan dan kemanusiaan.
“Tindakan penindasan ini mesti dikutuk oleh seluruh masyarakat antarabangsa. Dunia tidak boleh berdiam diri terhadap ketidakadilan, kekejaman dan potensi genosid. Isu ini melangkaui batas politik, ia adalah soal kemanusiaan, moral, keadilan, maruah dan hak untuk hidup,” kata Profesor Azuan.
Profesor Azuan menegaskan bahawa Flotila Sumud Global melambangkan cita-cita murni solidariti sejagat: insan dari segenap pelusuk dunia bersatu dengan cara aman untuk membawa bantuan dan harapan kepada Gaza. Keberanian, kecekalan dan semangat juang mereka menjadi inspirasi kepada seluruh dunia.
“Universiti Malaya memuji usaha mereka yang mencerminkan nurani global terhadap keamanan dan keadilan. Kini adalah masa untuk bertindak. Kemanusiaan mesti bangkit bagi menghalang penderitaan selanjutnya, mempertahankan maruah, dan mengakhiri kitaran keganasan di Gaza,” tambahnya lagi.
Universiti Malaya akan terus:
Flotila ini, yang terdiri daripada sukarelawan dari lebih 44 negara, 500 sukarelawan dan 40 kapal, mencerminkan semangat sejagat kemanusiaan, moral dan keadilan. Para sukarelawan ini, tanpa sebarang senjata dan digerakkan hanya oleh keazaman untuk menyelamatkan nyawa, telah menempuh hari-hari penuh kesukaran dan risiko demi memastikan bantuan sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita akibat serangan tanpa henti.