The Vice Chancellor of Universiti Malaya, Professor Dato’ Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, has been awarded the title of Doctor of Engineering (Honoris Causa) by the University of Bradford. This prestigious recognition marks a deeply meaningful personal and professional homecoming.
Professor Azuan, an internationally recognised expert in biomechanical engineering and a prominent figure in Malaysia’s higher education landscape, received the honorary doctorate from the very institution where he began his academic journey more than three decades ago.
The University of Bradford conferred the honour in recognition of the exceptional impact he has made in the fields of biomechanics and higher education leadership. A graduate of the University of Bradford with a BEng (Hons) in Mechanical Engineering, Professor Azuan described the moment as one of profound pride and humility.
“It is an immense honour and pride for me to be recognised at a place where I first gained my valuable life values and lessons, and where I have been so warmly welcomed and supported throughout my entire study life. This is simply beyond words.
“From the beginning, I have been inspired by the potential of innovation to give people a new beginning. It brings me great joy to see that our work is no longer just research on paper, but practical solutions that make a real difference, especially for those most vulnerable. This is the essence of life, to do good and to contribute to a better tomorrow for all of mankind.
“One of the most unforgettable moments in my journey was witnessing the joy of Palestinian children just seven or eight years old fitted with prosthetic limbs we helped create. Their eyes sparkled with the light of newfound hope. These devices were sponsored by Tesco, but the real sponsors were compassion and human solidarity. Seeing their smiles, that is when I knew, this is why we do what we do. There is no greater reward.
“I accept this honorary doctorate with deep appreciation, but more importantly, as a reminder. A reminder that our work must always be driven by compassion, purpose, and the desire to uplift others. Let us all, in our own ways, be agents of change, for people, for animals, for the world,” he said during the ceremony.
Now serving as the Vice Chancellor of Universiti Malaya (UM), Malaysia’s premier and oldest university ranked among the world’s Top 58 in the QS World University Rankings, Professor Azuan has helped drive UM's ascent on the global stage. Since his appointment in November 2023, he has championed innovation, research commercialisation and industry-academia collaboration. He previously served in multiple leadership roles including as Deputy Vice Chancellor of Universiti Malaysia Terengganu and Vice Chancellor of Universiti Tenaga Nasional.
An accomplished researcher and innovator, Professor Azuan’s work has received widespread international acclaim. In 2022, he was presented with Malaysia’s National Academic Award for Product Innovation and Commercialisation by the Prime Minister, placing Malaysia second globally in prosthetic and orthotic research, just behind the United States. His accolades also include the Forchheimer Prize (Belgium), the most prestigious award in biomechanical engineering, and the Blesma Award from the International Society of Prosthetics and Orthotics for his work on prosthetic socket design that greatly enhances comfort and fit for amputees.
Professor Azuan’s conferment at the University of Bradford not only marks a personal milestone but also symbolises the strength of academic bonds between Malaysia and the United Kingdom, as well as the global recognition of Universiti Malaya’s impact in education, research and innovation.
-------------------------------------------------------------
NAIB CANSELOR UM TERIMA IJAZAH KEHORMAT DARI UNIVERSITY OF BRADFORD
Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan (Honoris Causa) oleh University of Bradford. Pengiktirafan berprestij ini menandakan satu kepulangan yang penuh makna dari segi peribadi dan profesional beliau.
Profesor Azuan, seorang pakar antarabangsa dalam bidang kejuruteraan biomekanikal dan tokoh penting dalam landskap pendidikan tinggi Malaysia, menerima ijazah kehormat tersebut daripada institusi yang sama di mana beliau memulakan pengajian lebih tiga dekad yang lalu.
University of Bradford menganugerahkan ijazah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa beliau dalam bidang biomekanik dan kepimpinan pendidikan tinggi. Sebagai graduan University of Bradford dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian), Profesor Azuan menyifatkan penghormatan ini sebagai satu detik yang sangat membanggakan dan merendah diri.
“Ia merupakan satu penghormatan dan kebanggaan yang amat besar untuk saya diiktiraf di tempat yang telah membentuk nilai dan pelajaran hidup saya, dan yang telah menyambut dan menyokong saya sepanjang tempoh pengajian. Ia benar-benar sukar diungkapkan dengan kata-kata.
“Sejak awal lagi, saya percaya bahawa inovasi mampu memberi harapan baru kepada insan lain. Saya amat bersyukur apabila hasil penyelidikan kami kini bukan lagi sekadar teori, tetapi telah menjadi penyelesaian praktikal yang membawa perubahan nyata khususnya kepada golongan yang paling memerlukan. Inilah makna kehidupan, untuk memberi kebaikan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk seluruh manusia.
“Antara detik paling menyentuh hati dalam perjalanan saya ialah apabila saya melihat kegembiraan pada wajah kanak-kanak Palestin berumur tujuh atau lapan tahun yang dipasangkan anggota prostetik yang kami bangunkan. Mata mereka bersinar dengan harapan baru. Peranti ini dibiayai oleh Tesco, namun penaja sebenar adalah nilai kasih sayang dan solidariti manusia. Melihat senyuman mereka, pada saat itulah saya tahu, inilah tujuan sebenar kerja kami. Tiada ganjaran yang lebih besar daripada itu.
“Saya menerima ijazah kehormat ini dengan penuh penghargaan, namun yang lebih penting, sebagai satu peringatan. Peringatan bahawa segala usaha kita haruslah berlandaskan kasih sayang, matlamat yang jelas dan niat untuk mengangkat kehidupan orang lain. Marilah kita semua, dalam cara masing-masing, menjadi agen perubahan untuk manusia, haiwan, dan dunia.”
Kini menyandang jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM), universiti tertua dan terulung di Malaysia yang kini berada dalam kelompok 58 terbaik dunia menurut QS World University Rankings, Profesor Azuan memainkan peranan penting dalam melonjakkan reputasi UM ke persada antarabangsa.
Sejak dilantik pada November 2023, beliau telah memperjuangkan inovasi, pengkomersialan penyelidikan dan kerjasama industri-akademia. Sebelum ini, beliau pernah memegang pelbagai jawatan kepimpinan termasuk Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu dan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional.
Sebagai penyelidik dan inovator tersohor, hasil kerja Profesor Azuan telah menerima pengiktirafan meluas di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2022, beliau menerima Anugerah Akademik Negara dalam kategori Inovasi Produk dan Pengkomersialan daripada Perdana Menteri Malaysia, meletakkan Malaysia di kedudukan kedua dunia dalam penyelidikan prostetik dan ortotik hanya di belakang Amerika Syarikat.
Beliau juga telah menerima Hadiah Forchheimer (Belgium), anugerah tertinggi dalam bidang biomekanik, serta Anugerah Blesma daripada International Society of Prosthetics and Orthotics atas sumbangan beliau dalam reka bentuk soket prostetik yang meningkatkan keselesaan dan kesesuaian bagi pengguna anggota palsu.
Penganugerahan ini bukan sahaja menandakan kejayaan peribadi buat Profesor Azuan, tetapi juga melambangkan kekuatan hubungan akademik antara Malaysia dan United Kingdom serta pengiktirafan global terhadap sumbangan Universiti Malaya dalam pendidikan, penyelidikan dan inovasi.