corporate@um.edu.my +603-7967 7022                  

9,253 GRADUAN BAKAL BERGRADUASI DI ISTIADAT KONVOKESYEN UM KE- 64


Universiti Malaya pada tahun ini akan meraikan 9,253 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-64 dalam 16 sidang bermula 30 November hingga 8 Disember 2024.

Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-64 akan berlangsung pada Sabtu ini dan  akan diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya. 

Pada Istiadat Konvokesyen kali ini, Universiti Malaya akan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada beberapa nama besar dalam bidang klinikal, bidang sains dan bidang bukan sains. 

Antara nama-nama besar yang akan menerima gelaran tersebut dalam bidang klinikal dan bidang sains ialah Datuk Paduka Dr. Wan Azman Wan Ahmad, pakar kardiologi, Profesor Dato’ Dr. Adeeba Kamarulzaman, pakar penyakit berjangkit, Profesor Ir. Dr. Mohd Zamin Jumaat, pakar Kejuruteraan Awam, Profesor Dato’ Dr. Ishak Abdul Razak, tokoh terkenal dalam bidang kesihatan awam pergigian, Dato’ Dr. Mohd Sofian Azirun, pakar dalam bidang zoologi dan pendidikan tinggi dan ramai lagi. 

Pakar-pakar dalam bidang bukan sains yang turut akan menerima gelaran Profesor Emeritus ialah Profesor Dr. Hamzah A. Rahman, Dato’ Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman, Profesor Dr. Azizah Hamzah, Datuk Profesor Dr. Roziah Omar, YA Dr. Choong Yeow Choy, Profesor Dr. Edmund Terence Gomez dan Profesor Dr, Mohd Nazari Ismail.

Last Update: Nov 28, 2024