corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

HE & SHE COFFEE SUMBANG BAUCAR RAHMAH KEPADA UM

Pada 2 Mac 2023, pihak He & She Coffee Sdn. Bhd. telah menyumbangkan sejumlah 500 keping baucar Rahmah kepada Universiti Malaya (UM) bernilai RM2,500.00. Sumbangan telah disampaikan oleh En. Zulkiflee Yusof, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif He & She Coffee kepada Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UM. 

“Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan kami dalam menyantuni warga kampus di seluruh negara. Inisiatif ini juga seiring dengan hasrat kerajaan di dalam dasar Malaysia Madani yang ingin melihat semua pihak bersama-sama membantu masyarakat menangani cabaran ekonomi dan peningkatan kos sara hidup,” kata Zulkiflee selepas penyampaian sumbangan di Dewan Tunku Canselor.

“Saya percaya sumbangan ini mampu menjadi pencetus kepada pemegang taruh lain untuk sama-sama menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk, demi kebajikan dan kesejahteraan warga kampus. Terima kasih dan tahniah kepada He & She Coffee yang berani ke hadapan dan mendepani usaha ini,” kata Nahrizul Adib. 

UM merupakan institusi pengajian tinggi yang mempunyai cawangan He & She Coffee yang terbanyak. Penggemar kopi di kalangan warga kampus dan pelawat boleh mendapatinya di UM Sentral, dan Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah. Dua lagi cawangan sedang dalam pembinaan dan bakal disiapkan dalam tahun 2023, iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dan Fakulti Pergigian. 

Baucar Rahmah ini boleh digunakan di kesemua cawangan He & She Coffee, dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan. 

Maklumat lanjut mengenai sumbangan ini boleh didapati melalui Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UM di corporate@um.edu.my


 
Last Update: Jan 02, 2024