corporate@um.edu.my                   

HRH TUANKU ZARA SALIM LAUNCHES ELDERLY CAREGIVER EDUCATION FRAMEWORK

HRH Tuanku Zara Salim Launches Qualification Framework and Educational Standards for Elderly Caregivers.
DYMM Tuanku Zara Salim menyempurnakan pelancaran Buku Kerangka Kelayakan dan Piawaian Pendidikan Penjaga Warga Emas.


Her Royal Highness the Raja Permaisuri of Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, graciously officiated the launch of the landmark book, Qualification Framework and Educational Standards for Elderly Caregivers, at the T.J. Danaraj Medical Library, Faculty of Medicine, Universiti Malaya (UM), on 30 October 2026.

The launch marks a vital milestone in strengthening Malaysia’s education and training system for elderly caregivers through the introduction of a systematic, structured, and competency-based qualification framework and educational standards. The publication is the outcome of a collaborative initiative between UM’s Faculty of Medicine and Faculty of Nursing, alongside the National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO).

Delivering her address at the event, the President of NCWO, Professor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, remarked that developing a well-trained caregiving workforce is essential not only for ensuring high standards of care, but also for its broader positive impact on female labour-force participation.

“Caregiving responsibilities, which often fall on women, frequently force them to leave formal employment to look after children or ageing parents. Having professional, certified caregivers will alleviate this burden whilst generating substantial employment opportunities within the growing care economy,” she explained.

Professor Emerita Dr Sharifah Hapsah also emphasised that educational standards for caregivers must safeguard the caregivers' own wellbeing, incorporating mental health support and comprehensive skills training to mitigate the risk of burnout.

“Elevating the quality of life for the elderly requires an active, coordinated partnership among the government, families, non-governmental organisations, industry, and academic institutions to build a truly sustainable care ecosystem,” she noted.

The formulation of the framework drew broad backing and engagement from diverse stakeholders, including the Malaysian Qualifications Agency (MQA), the Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM), and key care industry players.

Grounded in the principles of the Malaysian Qualifications Framework (MQF), the book introduces a comprehensive educational structure spanning eight progressive qualification tiers (Level 1 to Level 8). This framework enables the systematic design of caregiver training programmes, ranging from entry-level foundational courses to advanced postgraduate specialisations. It also serves as a benchmark for higher education institutions, Technical and Vocational Education and Training (TVET) providers, and industry partners to develop structured curricula that offer clear career progression pathways for care workers.

The initiative is particularly critical in responding to Malaysia’s rapid demographic shift towards an ageing nation. With citizens aged 65 and above comprising 8.0 per cent of the national population in 2025, there is an urgent and escalating demand for skilled, professional caregivers capable of delivering dignified, high-quality, and safe elder care.

The collaboration harnesses UM’s multidisciplinary strengths, which extend beyond medicine and nursing to encompass architecture, engineering, law, and economics. Furthermore, the newly introduced standards directly underpin the National Care Strategic Framework and Action Plan 2026–2030, notably Strategic Thrust 2: Competency and Career Pathways, spearheaded by KPWKM.

Published by Universiti Malaya Press with financial support from UM, the publication stands as the culmination of extensive consultations across government, academia, industry, and civil society. Through this endeavour, UM and NCWO aim to establish a structured, recognised caregiving qualification system that ensures elderly Malaysians receive compassionate, competent, and dignified care throughout their senior years.


The President of NCWO, Professor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, delivered an address.
Yang Dipertua NCWO, Profesor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menyampaikan ucapan.


DYMM TUANKU ZARA SALIM SEMPURNAKAN PELANCARAN BUKU, PERKUKUH PROFESIONALISME PENJAGA WARGA EMAS DI MALAYSIA

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Kerangka Kelayakan dan Piawaian Pendidikan Penjaga Warga Emas di Perpustakaan Perubatan T.J. Danaraj, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM) pada 30 Oktober 2026. 

Majlis pelancaran ini menandakan satu usaha penting dalam memperkukuh sistem pendidikan dan latihan penjaga warga emas di Malaysia melalui pengenalan kerangka kelayakan serta piawaian pendidikan yang lebih sistematik, berstruktur dan berasaskan kompetensi. 

Penerbitan buku ini merupakan hasil kerjasama antara Fakulti Perubatan dan Fakulti Kejururawatan, UM dengan National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO).

Yang Dipertua NCWO, Profesor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, pembangunan tenaga penjaga warga emas yang terlatih bukan sahaja penting dalam memastikan kualiti penjagaan, malah mempunyai implikasi lebih luas terhadap penyertaan wanita dalam pasaran kerja.

"Tanggungjawab penjagaan yang sering dipikul oleh wanita boleh menyebabkan sebahagian daripada mereka terpaksa meninggalkan pekerjaan untuk menjaga anak atau ibu bapa yang berusia. Dengan adanya tenaga penjaga yang terlatih dan profesional, beban penjagaan dapat dikurangkan, di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor penjagaan yang semakin berkembang," katanya.

Beliau turut menekankan bahawa piawaian pendidikan penjaga warga emas perlu mengambil kira aspek kesejahteraan penjaga, termasuk kesihatan mental dan penyediaan kemahiran yang mencukupi bagi mengurangkan risiko keletihan melampau atau burnout dalam kalangan mereka.

"Usaha meningkatkan kualiti hidup warga emas memerlukan penglibatan bersama kerajaan, keluarga, pertubuhan bukan kerajaan, industri dan institusi akademik bagi membangunkan ekosistem penjagaan yang lebih mampan," katanya.

Pembangunan buku ini turut mendapat dukungan dan penglibatan pelbagai pihak termasuk Malaysian Qualifications Agency (MQA), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta pemain industri penjagaan.

Buku ini memperkenalkan kerangka pendidikan komprehensif yang merangkumi lapan tahap kelayakan, daripada Tahap 1 hingga Tahap 8, berasaskan prinsip Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Kerangka ini membolehkan program pendidikan penjaga warga emas dibangunkan secara sistematik, bermula daripada peringkat asas sehingga ke peringkat tertinggi pengajian.

Ia turut menyediakan panduan kepada institusi pendidikan tinggi, penyedia latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri serta agensi berkaitan untuk membangunkan program pendidikan yang berstruktur dan berasaskan kompetensi, sekali gus menyediakan laluan perkembangan kerjaya yang lebih jelas kepada tenaga penjaga.

Inisiatif ini amat signifikan dalam menghadapi perubahan demografi negara yang menyaksikan peningkatan populasi warga emas. Pada tahun 2025, sebanyak 8.0 peratus penduduk Malaysia berumur 65 tahun dan ke atas, sekali gus meningkatkan keperluan terhadap tenaga penjaga yang terlatih, kompeten dan profesional bagi memastikan warga emas menerima penjagaan yang selamat, berkualiti dan bermaruah.

Kerjasama dengan UM turut memperkukuh usaha membangunkan industri penjagaan berkualiti melalui pembentukan tenaga kerja yang mahir dan profesional. Kepakaran UM dalam bidang penjagaan warga emas bukan sahaja merangkumi bidang perubatan, malah disokong oleh kepakaran pelbagai disiplin lain termasuk kejuruteraan, seni bina, undang-undang dan ekonomi.

Pembangunan piawaian ini turut menyokong Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030, khususnya Teras Strategik 2: Kompetensi dan Laluan Kerjaya, yang diterajui oleh KPWKM.

Penerbitan ini merupakan hasil perbincangan dan konsultasi bersama pelbagai pemegang taruh daripada sektor kerajaan, akademia, industri dan masyarakat sivil. Buku ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya dengan sokongan kewangan daripada UM.

Melalui inisiatif ini, UM dan NCWO berhasrat menyumbang kepada pembangunan sistem pendidikan, latihan dan pengiktirafan penjaga warga emas yang lebih tersusun, sekali gus memperkukuh ekosistem penjagaan negara dalam menghadapi keperluan masyarakat yang semakin menua.

Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan setiap warga emas di Malaysia menerima penjagaan yang selamat, berkualiti dan penuh ihsan, dengan maruah serta kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan.

Last Update: Nov 06, 2026