corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

People@UM : Ahmad Shaharudin Mohamad Mokhtar

PEOPLE@UM : AHMAD SHAHARUDIN MOHAMAD MOKHTAR

“Kalau tanya saya, perasaan paling ‘merdeka’ sekali ialah bila makan bubur kacang durian. Makan pula di serambi, sambil melihat kanak-kanak bermain, berlari di sekeliling rumah,” kata En. Ahmad Shaharudin Mohamad Mokhtar, ketika berbual seusai sesi rakaman videonya baru-baru ini.

Anak kelahiran Chemor, Perak yang kini bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Pusat Jalinan Masyarakat UM (UMCares) ini begitu teruja apabila dipilih bagi menjayakan penggambaran siri video ‘Teguh Bersama’ oleh Pejabat Komunikasi Korporat UM. “Terima kasih CCO kerana usaha yang tidak henti-henti mengetengahkan warga UM di media. Kalau bukan kita yang bangga dengan apa yang kita ada, siapa lagi?” tanya pengurus pasukan bowling UM ini dengan penuh semangat.

Walaupun penggambaran sudah tamat, mulutnya masih kumat-kamit menyanyikan bait lirik ‘Inilah Barisan Kita’, sambil jarinya berayun mengikut rentak lagu. Jom kita contohi semangat kemerdekaan Encik Mad, sempena bulan kemerdekaan ini!

Jangan lupa untuk menonton videonya di sini:

https://youtu.be/CDeU1sDZdD0

Merdeka!

Photos by Mohd. Fadhli Yong / CCO

#UniversitiMalaya

#ServingTheNation

#WithYouItsPossible

Last Update: Aug 30, 2022