corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

People@UM - Valentine Fernandez

People@UM - Valentine Fernandez

 “Kenangan yang paling saya tak dapat lupakan ialah peluang menjadi pemandu untuk tiga orang Naib Canselor Universiti Malaya; iaitu Datuk Prof. Emeritus Hashim Yaacob, Tan Sri Rafiah Salim, dan Tan Sri Ghauth Jasmon, selain memandu untuk Dr. Susheela Nair, mantan Pendaftar UM,” kata En. Valentine Fernandez ketika ditemui baru-baru ini.

“Satu lagi yang menarik ialah apabila menjadi pemandu untuk program-program khas seperti mesyuarat Naib-Naib Canselor dan Rektor UA anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Dan tentunya yang paling unik ialah ketika majlis penganugerahan ijazah kedoktoran khas untuk Raja Salman Abdul Aziz pada 2017, apabila saya menjadi sebahagian daripada kumpulan pemandu yang bertugas,” sambungnya lagi.

Lelaki berusia 59 tahun ini merupakan pemandu yang berkhidmat dengan Jabatan Pengurusan dan Penyenggaraan Harta Benda (JPPHB) UM sejak tahun 2004. “Saya akan bersara bulan Ogos tahun hadapan. So bolehlah rilek sikit; mungkin saya akan berniaga, kita tengoklah macam mana,” katanya memulakan perbualan.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur. Saya bersekolah di SK dan SMK La Salle di Sentul. Sekitar 1986, ayah saya bekerja dengan Keretapi Malaysia Berhad (KTMB) dan sejak itu kami tinggal di kuarters kakitangan yang terletak berhampiran dengan stesen KTMB di Kuala Kubu Bharu, Selangor sehingga 1996,” katanya mengimbau masa lalu yang membesar dengan 10 orang adik-beradik.

“Saya anak orang miskin, belajar pun tak tinggi. Jadi apabila berpeluang menyumbang tenaga di UM, saya sangat happy. Isteri saya juga bertugas di UM. Kami mendirikan rumahtangga pada 1996 dan menetap di kawasan sekitar Kampung Kerinchi sejak dulu hingga sekarang,” katanya lagi.

“I am very proud to be a Malaysian. I am a Christian, and yet is surrounded by my extended families who are Hindu. And yet we still live harmoniously. Even my mother and my wife is a Hindu. And we celebrate both Deepavali and Christmas every year with everyone,” kata En Valentine yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Apabila ditanya mengenai pesanan kepada warga kampus: “To all staff of UM, we should all strive to do your best in whatever we do. Be punctual, respect others, and follow all rules and regulations. Take good care of your attendance records, because it is proof of your discipline and dedication towards work.

Walaupun saya tidak mempunyai anak, tapi saya anggap mahasiswa di UM semuanya sebagai anak-anak saya. Merekalah harapan dan masa depan negara kita. I am proud that I am part of a very important institution to the country. My role might be small, but I believe that if everyone plays their role sincerely, we should be able to create the best university, and later the best nation too.

“Dan itulah impian saya,” katanya mengakhiri temubual ringkas kami.

📸 Mohd. Fadhli Yong for CCC

#UniversitiMalaya

#ServingTheNation

#ImpactingTheWorld

Last Update: Oct 07, 2022