
Tenaga Nasional Berhad (TNB) and Universiti Malaya (UM) today seal a Cooling Energy Supply Agreement (CESA) to modernise cooling infrastructure at UM’s Wisma R&D, marking a significant step towards advancing sustainable campus development and energy efficiency within Malaysia’s higher education sector.
Implemented through TNB Engineering Corporation Sdn. Bhd. (TNEC), TNB's wholly owned engineering and infrastructure solutions subsidiary, the agreement establishes a long-term collaboration for cooling infrastructure at Wisma R&D through the supply of cooling energy from TNEC's District Cooling System (DCS) plant in Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Following the agreement, TNEC will supply cooling energy to UM's Wisma R&D under a 20-year concession arrangement. The project is expected to reduce cooling-related costs by approximately 30%, equivalent to RM7.59 million over the concession period.
By receiving cooling energy from TNEC's DCS plant, the facility is expected to benefit from improved reliability, enhanced energy performance and greater operational efficiency compared to a conventional standalone cooling system.
The agreement was exchanged by TNB President/Chief Executive Officer, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad, and UM Vice-Chancellor, Dato' Seri Professor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.
The ceremony was witnessed by TNB Chairman, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid, and UM Chairman, Tan Sri Dato’ Sri Zarinah Anwar.
Shared Commitment Towards Sustainable Infrastructure
The collaboration reflected the shared commitment of both organisations to enhancing operational efficiency, accelerating sustainability goals and promoting the adoption of innovative energy solutions.
Welcoming the strategic partnership, Shamsul said the agreement served as a testament to TNB’s capability in providing a reliable and cost-effective cooling solution that supports the modernisation of critical infrastructure and creates long-term value for its customers.
“The agreement also demonstrates the growing role of district cooling as an efficient urban infrastructure solution that contributes to energy optimisation and environmental sustainability. We look forward to deepening our collaboration with UM and supporting its aspirations towards a more sustainable and future-ready campus ecosystem,” he said.
Meanwhile, Noor Azuan said the agreement marked an important step in UM's efforts to modernise campus infrastructure and strengthen its sustainability agenda.
“This collaboration reflects our commitment to adopting innovative and sustainable solutions that improve the campus environment, optimise resource utilisation and support our aspirations as a leading research university committed to environmental stewardship and sustainable development,” he added.
Unlocking Long-Term Value
Wisma R&D was selected as the first implementation project due to its ageing cooling infrastructure, which has been in operation for more than 25 years and is approaching the end of its economic lifecycle.
Beyond the immediate benefits to Wisma R&D, the agreement creates opportunities for future cooling energy optimisation initiatives across the UM Main Campus, future campus developments and Universiti Malaya Medical Centre. The project is expected to support UM's long-term sustainability aspirations while strengthening its position as a benchmark institution for energy efficiency and sustainable campus development.
For TNB, the project represents a significant milestone in expanding its cooling energy solutions portfolio and strengthening strategic partnerships within the higher education sector. It further reinforces TNB's commitment to delivering innovative and sustainable infrastructure solutions that create long-term value for customers, institutions and communities.
The initiative also supports Malaysia's broader National Energy Transition Roadmap agenda by promoting efficient energy utilisation, reducing environmental impact associated with conventional cooling systems and encouraging the adoption of sustainable infrastructure solutions across institutional and urban developments.
---------------------------------------------------------------------------------------
TNB DAN UNIVERSITI MALAYA METERAI KERJASAMA TENAGA PENYEJUKAN BAGI MEMACU INFRASTRUKTUR KAMPUS LESTARI
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Universiti Malaya (UM) hari ini memeterai Perjanjian Bekalan Tenaga Penyejukan (Cooling Energy Supply Agreement - CESA) bagi memodenkan infrastruktur penyejukan di Wisma R&D UM.
Kerjasama ini menjadi langkah penting dalam menyokong pembangunan kampus yang lebih lestari, juga memperkukuh usaha ke arah kecekapan tenaga dalam sektor pengajian tinggi negara.
Perjanjian ini dilaksanakan melalui anak syarikat milik penuh TNB, TNB Engineering Corporation Sdn. Bhd. (TNEC), yang menyediakan solusi kejuruteraan dan infrastruktur tenaga.
Melalui perjanjian CESA ini, TNEC akan membekalkan tenaga penyejukan kepada Wisma R&D UM daripada loji Sistem Penyejukan Daerah (District Cooling System - DCS) TNEC di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Bekalan tenaga penyejukan ini akan dilaksanakan di bawah konsesi selama 20 tahun. Projek berkenaan dijangka dapat mengurangkan kos berkaitan penyejukan sebanyak kira-kira 30 peratus, bersamaan penjimatan sekitar RM7.59 juta sepanjang tempoh konsesi.
Tenaga penyejukan daripada loji DCS TNEC ini membolehkan Wisma R&D menikmati sistem yang lebih stabil dan berdaya harap, prestasi tenaga yang lebih baik dan operasi yang lebih cekap berbanding sistem penyejukan konvensional secara berasingan.
Pertukaran dokumen perjanjian berkenaan disempurnakan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad dan Naib Canselor UM, Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.
Majlis tersebut disaksikan oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid, dan Pengerusi UM, Tan Sri Dato’ Sri Zarinah Anwar.
Komitmen Bersama Ke Arah Infrastruktur Lestari
Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama TNB dan UM dalam meningkatkan kecekapan operasi, juga menyokong matlamat kelestarian serta penggunaan penyelesaian tenaga yang lebih inovatif.
Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad berkata, kerjasama strategik ini membuktikan keupayaan TNB dalam menyediakan solusi penyejukan yang stabil dan berdaya harap, malah berkesan dari segi kos dan sesuai untuk keperluan infrastruktur moden.
“Perjanjian ini menunjukkan peranan sistem penyejukan daerah yang semakin penting sebagai penyelesaian infrastruktur bandar yang cekap.
“Ia membantu mengoptimumkan penggunaan tenaga dan menyokong kelestarian alam sekitar. Kami berharap kerjasama dengan UM ini dapat diperkukuh, sekali gus menyokong aspirasi UM untuk membangunkan ekosistem kampus yang lebih lestari dan bersedia untuk masa depan,” katanya.
Sementara itu, Ir. Dr. Noor Azuan berkata, perjanjian ini merupakan langkah penting dalam usaha UM memodenkan infrastruktur kampus dan memperkukuh agenda kelestariannya.
“Kerjasama ini mencerminkan komitmen UM dalam menerima pakai penyelesaian yang inovatif dan lestari.
“Ia bukan sahaja menambah baik persekitaran kampus, malah membantu mengoptimumkan penggunaan sumber. Ini selaras dengan aspirasi UM sebagai universiti penyelidikan terkemuka yang komited terhadap penjagaan alam sekitar dan pembangunan lestari,” katanya.
Mencipta Nilai Jangka Panjang
Wisma R&D dipilih sebagai projek pelaksanaan pertama kerana infrastruktur penyejukannya yang telah beroperasi lebih 25 tahun, kini hampir mencapai penghujung kitaran hayat ekonominya.
Selain manfaat langsung kepada Wisma R&D, perjanjian ini turut membuka ruang kepada inisiatif pengoptimuman tenaga penyejukan pada masa hadapan, termasuk di Kampus Induk UM, pembangunan kampus baru dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Projek ini mendukung aspirasi kelestarian jangka panjang UM. Ia juga memperkukuh kedudukan UM sebagai institusi penanda aras dalam kecekapan tenaga dan pembangunan kampus lestari.
Bagi TNB, projek ini merupakan suatu pencapaian penting dalam peluasan portfolio solusi tenaga penyejukan. Ia turut memantapkan kerjasama strategik TNB dalam sektor pengajian tinggi.
Inisiatif ini juga memperkukuh komitmen TNB untuk menyediakan penyelesaian infrastruktur yang inovatif dan lestari. Penyelesaian seperti ini dapat mewujudkan nilai jangka panjang buat pelanggan, institusi dan masyarakat.
Pada masa yang sama, projek ini menyokong agenda Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Ia menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap, mengurangkan impak alam sekitar daripada sistem penyejukan konvensional dan memperluas penggunaan infrastruktur lestari dalam pembangunan institusi serta bandar.
