corporate@um.edu.my                   

UM WOW–MSKP WELCOMES 3,637 NEW FOUNDATION AND DIPLOMA STUDENTS


Universiti Malaya (UM) welcomed 3,637 new Foundation and Diploma programmes students for the 2026/2027 Academic Session, marking the start of a new chapter in their academic journey.

This year’s Universiti Malaya Week of Welcome (UM WOW) brought together students from the Universiti Malaya Centre for Foundation Studies in Science (PASUM), the Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed), and the Faculty of Nursing.

Vice-Chancellor of Universiti Malaya, Professor Dato' Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, said that UM WOW is more than just an orientation programme where it serves as the foundation for students’ transition into the Universiti Malaya's culture of excellence.

"This marks the first signal to our new Diploma and Foundation students that they are now part of a university built upon discipline, courage, and high aspirations.

"At Universiti Malaya, we do not simply welcome students into the lecture halls, but we welcome them into a culture that challenges them to think critically, build stronger character, and contribute meaningfully to society," he said.

He added that joining Universiti Malaya marks their beginning of an important and meaningful journey.

"This is where potential is tested, self-confidence must be developed, and ambitions are balanced with character building.

"UM WOW is the first step in that journey, and Universiti Malaya is committed to shaping you, not only for academic excellence, but to become leaders of integrity who serve society and create meaningful impact," he said.

Meanwhile, Mr. Khairul Amin Mohd Nor and Mrs. Aini Akli Othman, parents of Anis Ayuni Khairul Amin, a Foundation in Life Sciences student at PASUM, admitted feeling emotional as they sent their youngest child off to begin her studies at Universiti Malaya.

"It is not easy to qualify for Universiti Malaya. We're very grateful and touched that she was accepted, especially since this has always been her university of choice. Alhamdulillah, today's registration process also went smoothly.

"We hope she can adapt quickly, as this is the first time she's been away from the family. As she is our youngest child, we will certainly miss her, but we continually pray for her success and excellence throughout her studies at UM," they said.

Meanwhile, Mr Tan Eng Tian expressed excitement at seeing his daughter begin a new chapter as a Universiti Malaya student, although he admitted feeling a little sad since this is the first time they will be living apart.

"We will certainly miss her, but with technology like WhatsApp, we can stay in touch and communicate easily. I hope she can adjust well and enjoy her experience as a UM student," he said.

This year also marks the 50th Anniversary of the Universiti Malaya Centre for Foundation Studies in Science (PASUM), symbolising a legacy of excellence, educational transformation, and contributions to the nation’s human capital development since its establishment in 1977.

The celebration coincides with Universiti Malaya's 121st Anniversary (UM121), held under the theme "121 Years of Excellence, Weaving the Future," reflecting the university's unwavering commitment to leadership in education, research, innovation, and community service.


Universiti Malaya (UM) menerima kehadiran seramai 3,637 pelajar baharu bagi program Asasi dan Diploma yang memulakan pengajian untuk Sesi Akademik 2026/2027, sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan akademik mereka.

Universiti Malaya Week of Welcome (UM WOW) kali ini melibatkan pelajar daripada Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCED) dan Kolej Kejururawatan.

Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, UM WOW bukan sekadar sebuah program orientasi, malah menjadi titik permulaan yang memperkenalkan pelajar kepada budaya kecemerlangan Universiti Malaya.

“Ini merupakan isyarat pertama kepada para pelajar baharu Diploma dan Asasi bahawa mereka kini menjadi sebahagian daripada sebuah universiti yang dibentuk berlandaskan disiplin, keberanian dan harapan yang tinggi.

“Di Universiti Malaya, kami bukan sekadar mengalu-alukan pelajar memasuki bilik kuliah, malah menyambut mereka ke dalam sebuah budaya yang mencabar mereka untuk berfikir dengan lebih mendalam, membina jati diri yang lebih kukuh serta menyumbang kepada masyarakat dengan penuh tujuan,” tambahnya lagi.

Beliau turut berkata bahawa kehadiran para pelajar di Universiti Malaya merupakan permulaan kepada satu perjalanan yang penting dan bermakna.

“Di sinilah potensi perlu diuji, keyakinan diri perlu dibina, dan cita-cita perlu diseimbangkan dengan pembentukan sahsiah.

“UM WOW merupakan langkah pertama dalam perjalanan tersebut, dan Universiti Malaya bersedia membentuk anda bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan akademik, malah menjadi pemimpin yang berintegriti, berbakti kepada masyarakat serta mampu memberikan impak yang bermakna,” kata beliau.

Sementara itu, Encik Khairul Amin Mohd. Nor dan Puan Aini Akli Othman, ibu bapa kepada Anis Ayuni Khairul Amin, pelajar Asasi Sains Hayat di PASUM, mengakui berasa sebak ketika menghantar anak bongsu mereka untuk memulakan pengajian di Universiti Malaya.

“Bukan mudah untuk melayakkan diri ke Universiti Malaya. Kami sangat bersyukur dan terharu apabila dia berjaya diterima masuk, lebih-lebih lagi ini merupakan universiti pilihannya. Alhamdulillah, urusan pendaftaran hari ini juga berjalan dengan lancar.

“Kami berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat kerana ini merupakan kali pertama dia berjauhan daripada keluarga. Sebagai anak bongsu, sudah tentu kami akan merinduinya, namun kami sentiasa mendoakan agar dia berjaya dan cemerlang sepanjang pengajiannya di UM,” kata mereka.

Bagi Encik Tan Eng Tian pula, beliau teruja melihat anak perempuannya memulakan fasa baharu sebagai mahasiswa Universiti Malaya, meskipun mengakui berasa sedikit sedih kerana buat pertama kalinya mereka akan tinggal berjauhan.

“Sudah tentu kami akan merinduinya, tetapi dengan adanya teknologi seperti WhatsApp, kami masih boleh berhubung dan berkomunikasi dengan mudah. Saya berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan baik dan menikmati pengalaman sebagai pelajar UM,” katanya.

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) turut meraikan Ambang 50 Tahun penubuhannya pada tahun ini sebagai simbol legasi kecemerlangan, transformasi pendidikan dan pembangunan modal insan negara sejak tahun 1977.

Sambutan tersebut berlangsung seiring dengan ulang tahun ke-121 Universiti Malaya (UM121) yang mengangkat tema "121 Tahun Kecemerlangan, Menyulam Masa Depan", sebagai lambang komitmen universiti untuk terus memimpin dalam bidang pendidikan, penyelidikan, inovasi dan khidmat kepada masyarakat.



Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman bersalaman bersama salah seorang bapa kepada pelajar di UM WOW..jpg
Universiti Malaya Vice-Chancellor, Professor Dato' Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, greets the father of a newly enrolled student.
Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman bersalaman bersama seorang bapa kepada pelajar.


Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman beramah mesra bersama pelajar dan keluarga di kawasan pendaftaran UM WOW.jpg

Universiti Malaya Vice-Chancellor, Professor Dato' Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, interacts with students and their families at the UM WOW registration area.
Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman beramah mesra bersama pelajar dan keluarga di kawasan pendaftaran UM WOW. 


Sekitar suasana pendaftaran pelajar baharu Universiti Malaya sesi 2026:2027 .jpeg

Scenes from the registration of Universiti Malaya’s new students for the 2026/2027 session.
Sekitar suasana pendaftaran pelajar baharu Universiti Malaya sesi 2026/2027.


Khairul Amin Bin Mohd Nor dan Aini Akli Binti Othman, ibu bapa kepada pelajar baharu, Anis Ayuni Binti Khairul Amin dan keluarga mereka..jpeg

Khairul Amin Mohd Nor and Aini Akli Othman, parents of newly enrolled student Anis Ayuni Khairul Amin, together with their family.
Khairul Amin Bin Mohd Nor dan Aini Akli Binti Othman, ibu bapa kepada pelajar baharu, Anis Ayuni Binti Khairul Amin dan keluarga mereka. 


Tan Eng Tian bersama anaknya, Tan Qin Thong yang hadir untuk sesi pendaftaram.jpeg

Tan Eng Tian with his daughter, Tan Qin Thong, during the registration session.
Tan Eng Tian bersama anaknya, Tan Qin Thong yang hadir untuk sesi pendaftaran. 

 

Last Update: Aug 05, 2026