corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

UNIVERSITI MALAYA CELEBRATES 7,863 GRADUATES IN 62ND CONVOCATION CEREMONY

Universiti Malaya this year celebrated 7,863 graduates in the 62nd Convocation Ceremony in 15 sessions from 5 December to 12 December 2022.

The opening of the first session of the 62nd Convocation Ceremony which took place today was declared by His Royal Highness, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Chancellor, Universiti Malaya.

Among the special activities that took place on the first day of the Convocation Ceremony were the awarding of the title of Honorary Degree to the national historical figure, Professor Dato' Wang Gungwu, the awarding of the title of Professor Emeritus to Professor Dr. Saedah Siraj, the awarding of the Royal Education Award to two recipients and the awarding of Doctorate Degrees to 479 graduates from various faculties/academies/centres/institutes.

Vice Chancellor of the Universiti Malaya, Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor in his speech said that this ceremony will award degrees and diplomas to 7,863 graduates. Of these, a total of 479 Doctorate Degree graduates, 2,225 Master Degree graduates including Postgraduate Diploma in Education, 3,926 Bachelor Degree graduates, and 1,233 Advanced Diploma, Executive Diploma and Diploma graduates.

"Universities not only play a role in producing holistic and highly capable graduates, but the need to inject learning and teaching systems based on values and futuristic capacity in forming comprehensive human capital in driving the sustainability of the country's development becomes the main pillar in leading a new era of education and higher education.

"Universities are the main container and pillar for the formation of system and capacity-oriented parameters and future shifts that demand new planning and models. This includes strengthening the interweaving and sustainability of the impact of research and the nobility of knowledge, as a pioneer in an effort to sketch new dimensions and leadership in the stage of knowledge creation, especially in critical and high-impact fields. The fields of semiconductors, aerospace and space science, nano and quantum technology, artificial intelligence and data science and information technology, among others, have become competitive today.

"In connection with that, it is hoped that the continuation of the excellence of Universiti Malaya will be continued by all the graduands, alumni of Universiti Malaya. Whether you are going to serve in the country or abroad, be proud of your alma mater, make the name of Universiti Malaya famous, contribute the knowledge and skills that you have and never forget this alma mater and your origin," said Professor Hamdi.

"Bring the good name of Universiti Malaya and the country wherever you are. Good luck to all the graduands, may the success today be a continuation of the success in the future of the nation and the country," he added.

-----

UNIVERSITI MALAYA MERAIKAN 7,863 GRADUAN DALAMISTIADAT KONVOKESYEN KE-62

Universiti Malaya pada tahun ini meraikan 7,863 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-62 dalam 15 sidang bermula 5 Disember hingga 12 Disember 2022.

Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 yang berlangsung pada hari ini telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya.

Antara aktiviti-aktiviti istimewa yang telah berlangsung pada hari pertama Istiadat Konvokesyen adalah pengurniaan gelaran Ijazah Kehormat kepada tokoh sejarah negara, Profesor Dato’ Wang Gungwu, pengurniaan  gelaran Profesor Emeritus kepada Profesor Dr. Saedah Siraj, pengurniaan Anugerah Pelajaran DiRaja kepada dua orang penerima dan pengurniaan Ijazah Kedoktoran kepada 479 orang graduan dari pelbagai fakulti/akademi/pusat/institut.

Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor dalam ucapannya berkata, Istiadat kali ini akan menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 7,863 graduan. Daripada jumlah tersebut, seramai 479 graduan Ijazah Kedoktoran, 2,225 graduan Ijazah Sarjana termasuk Diploma Pascasiswazah Pendidikan, 3,926 graduan Ijazah Sarjana Muda, dan 1,233 graduan Diploma Lanjutan, Diploma Eksekutif dan Diploma.

“Universiti bukan sahaja berperanan untuk melahirkan graduan holistik dan berkeupayaan tinggi, namun keperluan untuk menyuntik sistem pembelajaran dan pengajaran berasaskan nilai dan kapasiti futuristik dalam membentuk modal insan komprehensif dalam memacu kelestarian pembangunan negara menjadi tonggak utama dalam menerajui era pendidikan dan pengajian tinggi yang baharu.

“Universiti adalah wadah dan tunjang utama kepada pembentukan sistem dan kapasiti berorientasikan parameter dan anjakan masa depan yang menuntut perancangan dan model baharu. Ini termasuklah memperkasa jalinan dan kelestarian impak penyelidikan dan keluhuran ilmu, sebagai perintis dalam usaha untuk melakar dimensi dan kepimpinan baharu dalam pentas penciptaan ilmu terutamanya dalam bidang kritikal dan berimpak tinggi. Bidang semikonduktor, sains aeroangkasa dan semesta, teknologi nano dan kuantum, kepintaran buatan serta sains data dan teknologi maklumat antara lain, telah menjadi daya saing pada masa kini

“Sehubungan dengan itu, diharapkan agar kesinambungan kecemerlangan Universiti Malaya diteruskan oleh saudara saudari, alumni Universiti Malaya. Sama ada saudara saudari akan berkhidmat di dalam atau di luar negara, berbanggalah dengan alma mater saudara saudari, harumkanlah nama Universiti Malaya, sumbangkanlah pengetahuan dan kemahiran yang saudara saudari miliki dan jangan pernah lupa akan alma mater ini dan asal usul saudara saudari,” kata Profesor Hamdi.

“Bawalah nama baik Universiti Malaya dan negara ke mana-mana sahaja saudara saudari berada. Selamat maju jaya kepada saudara saudari semua, semoga kejayaan saudara saudari pada hari ini menjadi kesinambungan kejayaan pada masa depan bangsa dan negara,” beliau menambah.

Last Update: Dec 29, 2022