corporate@um.edu.my                   

UNIVERSITI MALAYA RAISES AWARENESS ON EARLY BREAST CANCER DETECTION THROUGH ITS 3RD LIBRARY BOOK TALK SERIES

Universiti Malaya, through the Universiti Malaya Library, organized the 3rd Library Book Talk, held at the Law Library, Universiti Malaya.

The featured book was Pink Agent: Kisah Benar Perjuangan Pesakit Kanser Payudara, a work that brings together true stories of breast cancer survivors alongside professional medical insights.

Themed “Courage in Conversation: A Human Library of Survivors”, the session provided a platform for survivors to share their life journeys directly with the wider community.

Professor Ng Kwan Hoong, Honorary Advisor and Chief Editor of Pink Agent, emphasized the importance of early breast cancer detection and urged the public, patients, and the media to give greater attention to regular screenings and health awareness.

He stated that through this book, “readers can not only gain comprehensive and factual medical knowledge, but also draw strength from the experiences of survivors, thereby reducing fear of examinations and encouraging early treatment.”

Professor See Mee Hoong, Breast Surgeon at the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), expressed her highest appreciation to all co-authors and the brave survivors who shared their life stories.

She hopes that these voices will inspire patients undergoing treatment while reminding society of the crucial role of hope, support, and community strength in the recovery process.

Pink Agent combines the real-life stories of breast cancer survivors with contributions from health professionals, including nutritional guidance, safe post-mastectomy exercise recommendations, and academic perspectives, making it both an informative medical resource and a work that touches on human values.

The sharing highlighted emotional challenges following diagnosis, resilience throughout treatment, and hope during recovery, fostering deeper understanding and empathy for cancer patients within society.

Over the past year, the Library Book Talk series has evolved from a literacy program into a discourse platform rooted in human values and life experiences, bringing together academics, professionals, students, and the wider community in meaningful dialogues to discuss socially significant ideas.

The book was co-edited by Professor Ng Kwan Hoong, Honorary Advisor and Chief Editor, alongside Professor See Mee Hoong, Breast Surgeon at Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), with the aim of raising public awareness and building accurate understanding of breast cancer

-------------------------------------------

UNIVERSITI MALAYA SERU KESEDARAN PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA MELALUI SIRI PERKONGSIAN BUKU EDISI KETIGA

Universiti Malaya melalui Perpustakaan Universiti Malaya telah menganjurkan Siri Perkongsian Buku Kali Ketiga yang berlangsung di Perpustakaan Undang-undang, Universiti Malaya. 

Buku yang telah diketengahkan ialah buku Pink Agent: Kisah Benar Perjuangan Pesakit Kanser Payudara, sebuah karya yang menghimpunkan kisah benar penyintas kanser payudara bersama pandangan perubatan profesional.

Bertemakan “Courage in Conversation: A Human Library of Survivors”, sesi ini menyediakan platform kepada para penyintas untuk berkongsi perjalanan hidup mereka secara langsung kepada masyarakat luar. 

Profesor Ng Kwan Hoong, Penasihat Kehormat dan Ketua Editor Pink Agent, menekankan tentang kepentingan pengesanan awal kanser payudara dan menyeru orang ramai, pesakit serta pihak media agar memberi penekanan yang lebih serius terhadap saringan berkala dan kesedaran kesihatan. 

Beliau menyatakan bahawa melalui buku ini, “pembaca bukan sahaja dapat memperoleh pengetahuan perubatan yang menyeluruh dan berfakta, malah dapat menimba kekuatan daripada pengalaman para penyintas, sekali gus mengurangkan ketakutan terhadap pemeriksaan serta menggalakkan rawatan awal.”

Profesor Dr. See Mee Hoong, Pakar Bedah Payudara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pula merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penulis bersama serta para penyintas yang berani berkongsi kisah kehidupan mereka. 

Beliau berharap agar suara-suara ini dapat memberi semangat kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan, di samping mengingatkan masyarakat tentang peranan penting harapan, sokongan dan kekuatan komuniti dalam proses pemulihan.

Buku Pink Agent ini menggabungkan kisah sebenar penyintas kanser payudara dengan sumbangan profesional kesihatan, termasuk panduan pemakanan, cadangan senaman selamat pasca-mastektomi dan pandangan akademik, menjadikannya sumber yang informatif dari sudut perubatan serta menyentuh nilai kemanusiaan.

Perkongsian ini mengetengahkan cabaran emosi selepas diagnosis, ketabahan sepanjang rawatan serta harapan dalam proses pemulihan, sekali gus memupuk pemahaman dan empati yang lebih mendalam terhadap pesakit kanser dalam kalangan masyarakat.

Sepanjang tahun lalu, Siri Perkongsian Buku ini telah berkembang daripada program literasi kepada platform wacana berteraskan nilai kemanusiaan dan pengalaman hidup, yang menghimpunkan ahli akademik, profesional, pelajar dan masyarakat umum dalam sesi dialog bermakna bagi membincangkan idea bernilai sosial.

Buku ini disunting bersama oleh Penasihat Kehormat dan Ketua Editor, Profesor Ng Kwan Hoong, serta Pakar Bedah Payudara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor See Mee Hoong, dengan matlamat meningkatkan kesedaran awam dan membina kefahaman yang tepat mengenai kanser payudara.

Last Update: Dec 30, 2025